awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

City buru khidmat Hakimi

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2023
03:50 MYT
City buru khidmat Hakimi
Hakimi adalah pemain ketiga paling berharga Afrika selepas Victor Osimhen dari Nigeria dan pemain Mesir, Mohamed Salah. - Foto Sinar Harian
KELAB gergasi Manchester City sedang cuba mendapatkan pemain pertahanan Paris Saint Germain (PSG) Achraf Hakimi semasa jendela perpindahan musim panas ini.
Menurut laporan Football Insider, kelab itu menyasarkan untuk merekrut Hakimi sebagai pengganti Kyle Walker yang dikatakan akan berpindah ke Bayern Munich.
"PSG dilaporkan akan menuntut bayaran yang tinggi untuk Hakimi, namun difahamkan City sanggup membayar harga premium untuk pertahanan kanan baharu,” kata laporan itu.
Football Insider turut menyatakan bahawa Hakimi sudah pun menyatakan minat untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Hakimi adalah pemain ketiga paling berharga Afrika selepas Victor Osimhen dari Nigeria dan pemain Mesir, Mohamed Salah.
Data daripada Pasaran Pemindahan menunjukkan Hakimi bernilai €65 juta (RM331 juta) dan dikatakan pemain itu ketika ini tidak gembira di PSG.
Media sukan antarabangsa, Mundo Deportivo melaporkan pada Mei bahawa banyak faktor yang mencetuskan hasrat Hakimi untuk meninggalkan PSG.
Salah satu sebabnya ialah persekitaran dan suasana kelab Perancis itu yang mendorong Hakimi cuba mencari pasukan baharu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Kyle Walker
#Achraf Hakimi
#jendela perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan