awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CLS lebih bergaya, dan lebih canggih

Astro Publication
Astro Publication
06/04/2015
04:34 MYT
CLS lebih bergaya, dan lebih canggih
Sewaktu minggu F1 baru-baru ini, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengambil peluang untuk melancarkan model CLS dikemaskini, model yang memulakan segmen coupe empat-pintu dengan begitu bergaya hanya sepuluh tahun dahulu. Di Malaysia hanya satu varian yang dijual – CLS 400, yang dilengkapi enjin 3.0-liter V6 dengan bi-turbo yang membantu untuk menjana 333hp serta tork sebanyak 480Nm. Kotak gear pula adalah jenis automatik 7G-Tronic Plus yang membantunya mencapai 100km/j dari rehat dalam masa 5.3 saat. Kelajuan maksimum adalah 250km/j. Mercedes mendakwa bahawa penggunaan petrol adalah di antara 7.2 - 7.1-liter setiap 100km. Yang paling menonjol bagi kemaskini Mercedes CLS ini adalah penggunaan lampu jenis Multibeam HED untuk pencahayaan terbaik bagi pemandu. Bukan sahaja sistem ini menggunakan teknologi penghasilan cahaya paling moden untuk industri automotif, tetapi juga mampu untuk mengubah hala dan sebaran cahaya secara automatik mengikut keadaan trafik atau jalan. Ini dicapai melalui modul pada lampu yang membolehkan ia dinaikkan sebanyak 120, termasuk ke kiri atau kanan sewaktu membelok. Bezanya berbanding sistem lain, hala lampu berdasarkan input daripada kamera dan tidak semestinya hanya daripada putaran stereng. Oleh itu, jalan yang perlu dilalui sudahpun menerima pencahayaan sebelum stereng diputar. Ia juga akan memberi iluminasi kepada jalan selepas selekoh lebih awal agar pemandu dapat mengenal pasti apa-apa bahaya yang menanti. Dijangkakan sistem lampu aktif ini memberi jarak selamat tambahan dari 30 meter hingga 60 meter, bergantung kepada keadaan trafik.
(Klik untuk galeri penuh) Dari aspek keselamatan lain, ciri-ciri seperti Collision Prevention Assist Plus dipasang standard dan berfungsi untuk mengelak pelanggaran dengan kenderaan di hadapan menerusi aplikasi brek secara autonomous. Selain itu, Distronic Plus dengan bantuan stereng dan Stop&Go pilot, brek Pre-Safe dengan pengesan pejalan kaki, Active Blind Spot Assist, Active Parking Assist dan BAS Plus beserta Cross-Traffic Assist juga menjadikan CLS baharu ini lebih selamat. Mercedes-Benz CLS baharu ini dijual pada harga RM598,888 (harga atas jalan tanpa insurans).
(Klik untuk galeri penuh)
Topic Berkaitan
#Mercedes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan