awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasaran automotif Malaysia kekal utuh pada 2025, TIV cecah 820,752 unit - MAA
Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa pendigitalan warisan negara
Remaja dikaitkan JI, Malaysia pilih pendekatan pemulihan - Ayob Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah

Bernama
Bernama
20/01/2026
13:00 MYT
'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah
Marhamah ketika sesi pertanyaan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Segala urusan perkahwinan dan perceraian umat Islam perlu dirujuk dan ditangani oleh pihak berautoriti yang sah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli.

Ringkasan AI
  • Perkara perkahwinan dan perceraian dalam Islam perlu dirujuk kepada JAKIM dan JAIN bagi khidmat kaunseling serta rundingan.
  • Pegawai terlatih dari jabatan agama dan mahkamah syariah turut terlibat untuk menangani isu pertikaian rumah tangga dan perceraian.
  • Kerajaan serius memandang isu perkhidmatan Coach Cerai yang dipercayai bercanggah dengan hukum syariah serta berpotensi merosakkan institusi keluarga.

Sehubungan itu, Marhamah berkata pasangan Islam yang mempunyai masalah rumah tangga boleh merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi perkhidmatan kaunseling dan rundingan.
Beliau berkata jabatan itu mempunyai pegawai terlatih yang menerima latihan khusus daripada jabatan agama dan mahkamah syariah bagi menangani isu pertikaian rumah tangga serta perceraian.
"JAKIM dan JAIN telah menyediakan platform khidmat kaunseling, runding cara keluarga berlandaskan pendekatan syariah bagi membantu pasangan mengenal pasti punca konflik, memperbaiki komunikasi serta mencari penyelesaian yang adil dan seimbang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang meminta penjelasan berkaitan isu perkhidmatan Coach Cerai yang tular melibatkan perceraian artis baru-baru ini serta tindakan kerajaan, khususnya JAKIM dalam menanganinya.
Mengulas lanjut, Marhamah berkata jabatan berkenaan memandang serius terhadap kewujudan perkhidmatan Coach Cerai, yang dilihat bercanggah dengan hukum syariah serta berpotensi merosakkan rumah tangga.
"Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan hukum Coach Cerai yang menyatakan penggunaan istilah dan pendekatan berkaitan kekeluargaan Islam yang mengelirukan seperti Coach Cerai ini perlu dikawal bagi memastikan kefahaman masyarakat tidak tersasar sehingga membawa kepada kegusaran awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#Dewan Rakyat
#Coach Cerai
#Rumah Tangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan