KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan penganjuran konsert kumpulan muzik Coldplay dan aksi Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil November ini berjalan dengan baik.
Menterinya Hannah Yeoh berkata, beliau sudah berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung penggunaan stadium itu menjelang kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert kumpulan muzik dari United Kingdom itu pada bulan yang sama.
"Isu stadium selalu kita akan imbangkan antara sukan bola sepak dan konsert, kita telah bincang beberapa pilihan tapi saya tak nak umum pilihan ini dulu.
"Kita akan tunggu undi (kelayakan Piala Asia 2027) yang Datuk Hamidin akan dapat bulan Julai nanti," katanya kepada pemberita selepas sidang media Rangkuman Prestasi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023, di sini hari ini.
Semalam, Hamidin menerusi kenyataan menjelaskan bahawa insiden tarikh konsert dan aksi Harimau Malaya yang bertindih tidak boleh berlaku kerana FAM telah membuat tempahan awal kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengikut tarikh perlawanan skuad kebangsaan yang dijadual dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Tarikh kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert itu masing-masing dijangka berlangsung pada 16, 21 dan 22 November depan.
Isu sama pernah berlaku pada Januari lalu apabila penyokong bola sepak tanah air berang selepas 21,000 tempat duduk bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di stadium itu terpaksa dikosongkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pentas konsert penyanyi terkemuka dari Taiwan, Jay Chou.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
Hannah berkata, beliau sudah berbincang dengan Hamidin berhubung penggunaan stadium itu menjelang kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert Coldplay. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
'Nak buat konsert buatlah, tapi jangan kacau padang'
Pakar rumput tegaskan, padang tidak mampu pulih sepenuhnya dalam tempoh sebulan.
‘Andai rumput tak okey, maka tak okeylah perlawanan’
Sekiranya tiada konsert kumpulan Coldplay baru-baru ini, sekurang-kurangnya rumput akan matang 80 peratus untuk perlawanan akhir Jumaat ini.
PSM pastikan Stadium Nasional boleh diguna bagi final Piala Malaysia
PSM memberi jaminan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
Ramai puas hati dengan Coldplay
Chris Martin siap berpantun, 'payung' peminat dengan lagu-lagu kegemaran.
Malaysia terlepas peluang ekonomi Coldplay - Syed Saddiq
Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.
Coldplay umum konsert 4 malam di Singapura pada Januari 2024
Coldplay akan membuat persembahan di Stadium Nasional, Singapura selama empat malam pada 23, 24, 26 dan 27 Januari 2024.
Tiket konsert Coldplay jadi mas kahwin
Demam Coldplay...
Jual tiket Coldplay RM43,000 boleh kena tindakan - KPDN
Penjualan semula tiket konsert Coldplay dengan harga tidak munasabah boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Konsert sulung Coldplay di Kuala Lumpur 22 November 2023
Tiket-tiket untuk menonton konsert Coldplay akan mula dijual 17 Mei ini.