DUBAI: Menangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim harus diberi perhatian utama oleh semua sektor, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara, selain itu wujud keperluan untuk menangani aspek kewangan pemuliharaan biodiversiti itu.
"Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal (KMGBF) memerlukan sekurang-kurangnya AS$200 bilion setahun dengan sebahagian besar datang daripada negara kaya kepada negara berpendapatan rendah.
"Malaysia berhasrat untuk menyokong sumbangan yang saksama, mengiktiraf tanggungjawab bersama negara dalam memulihara biodiversiti," katanya dalam ucaptama pada Hari Air dan Biodiversiti di Pavilion Malaysia, Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), di sini.
Nik Nazmi berkata, biodiversiti menyediakan keperluan ekonomi dan sosial penduduk yang merupakan nadi planet ini dan mempunyai peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekologi, peraturan iklim serta kesejahteraan ekonomi.
"Pantai dan laut di Malaysia juga dikurniakan kekayaan biodiversiti marin, ekosistem, habitat dan sumber semula jadi lain.
"Zon Eksklusif Ekonomi negara bertindih kawasan Segitiga Terumbu Karang yang dianggap mempunyai kepelbagaian hidupan marin terbesar di dunia di perairan yang mempunyai banyak terumbu karang, hutan bakau, kawasan tanah lembut dan berlumpur, kawasan rumput laut serta pantai pasir," katanya.
Justeru, bagi memulihara hidupan hutan dan marin, kerajaan telah menambah peruntukan Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) daripada RM70 juta pada 2022 kepada RM150 juta pada 2023 dan RM200 juta pada 2024, katanya.
Ini adalah untuk memberi insentif kepada semua negeri di Malaysia untuk melindungi dan meningkatkan liputan kawasan perlindungan, katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
![COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701861863_NikNazmi.jpg)
Menangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim harus diberi perhatian utama oleh semua sektor, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. - Foto BERNAMA
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714571805_SoalJawabPM.jpg)
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
![China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/81566565558_TBmashflags.jpg)
China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
![UAE Consensus titik bersejarah komitmen global tangani perubahan iklim - Nik Nazmi UAE Consensus titik bersejarah komitmen global tangani perubahan iklim - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702540998_TBsetahunmadani.jpg)
UAE Consensus titik bersejarah komitmen global tangani perubahan iklim - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, hasrat itu terkandung di bawah agenda 'The First Global Stocktake' yang menilai kemajuan dan jurang pelaksanaan Perjanjian Paris.
![Persidangan Iklim PBB seru 'peralihan' bahan api fosil Persidangan Iklim PBB seru 'peralihan' bahan api fosil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702369770_TBUnitedNations.jpg)
Persidangan Iklim PBB seru 'peralihan' bahan api fosil
Teks pengisytiharan COP28 diterbitkan pada pagi Rabu oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) selaku tuan rumah persidangan terbabit.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701932743_TBURBANICEMALAYSIA.jpg)
COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City
Kolaborasi itu melibatkan Urbanice Malaysia dan UN-Habitat serta PR1MA Corporation Malaysia dan Masdar City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
![Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701513724_TengkuHassanalIbra.jpg)
Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.
![COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701861863_NikNazmi.jpg)
COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.
![Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672200079_JabatanPerhutananS.jpg)
Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.