awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,109 kes baharu, dua kes kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
27/11/2020
10:23 MYT
COVID-19: 1,109 kes baharu, dua kes kematian
Malaysia mencatatkan dua lagi kes kematian baharu menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA:Malaysia merekodkan sebanyak 1,109 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 61,861 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat 10 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 11,307,” katanya pada sidang media perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 pada Jumaat.
Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian turut mencatat pertambahan dua kes menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia kini sebanyak 350 kes.
Kesemua kes kematian baharu adalah di Sabah.
Setakat ini, sebanyak 113 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 41 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, Sabah menyaksikan negeri tertinggi pertambahan kes COVID-19 iaitu sebanyak 441 kes diikuti Selangor 175 kes, dan Negeri Sembilan 167 kes.
Jumlah kes sembuh akibat COVID-19 terus catat pertambahan 1,148 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 50,204 kes.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#COVID-19
#unit rawatan rapi
#koronavirus
#KKM
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Kementerian Kesihatan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan