KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sebanyak 1,139 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 354,468 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
Kes sembuh meningkat sebanyak 1,199, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 339,067 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacitanya turut memaklumkan pertambahan sebanyak empat kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,304 kes.
Mengenai penularan mengikut negeri, Sarawak merekodkan angka tertinggi bagi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 332 kes diikuti Selangor, 294 kes, dan Johor sebanyak 102 kes.
Setakat ini, sebanyak 194 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 10 kluster dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
Madiha Abdullah
Wed Apr 07 2021

Sebanyak 13 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara. - Gambar fail/Bernama

Vaksin COVID-19 | Coronavac terbukti berkesan di Chile
Satu kajian melibatkan jutaan penduduk di Chile yang menerima suntikan vaksin dibangunkan China, Coronavac mendapati ia menunjukkan keberkesanan 67 peratus terhadap simptom virus COVID-19. Menurut jurucakap penasihat Kementerian Kesihatan, Rafael Araos, vaksin tersebut mampu mencegah kematian akibat COVID-19 pada kadar 80 peratus.

Anak harimau Malaya buat kemunculan kali pertama di Zoo Cleveland
Penampilan sulung Indrah menjadi perhatian.
![[INFOGRAFIK] PEMERKASA | Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi [INFOGRAFIK] PEMERKASA | Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900242/7697251271618635340054_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PEMERKASA | Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi
![[INFOGRAFIK] Identiti Digital Nasional | MyDigital ID [INFOGRAFIK] Identiti Digital Nasional | MyDigital ID](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900243/7697251261618635248855_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Identiti Digital Nasional | MyDigital ID

Lagi iklan judi raya dikesan tular
Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian.
![[INFOGRAFIK] Daftar dan Mengurus Tanggungan Tambahan di MySejahtera [INFOGRAFIK] Daftar dan Mengurus Tanggungan Tambahan di MySejahtera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900244/7697251281618635105735_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Daftar dan Mengurus Tanggungan Tambahan di MySejahtera

Vaksin COVID-19 | Saintis J&J sangkal dakwaan laporan pembekuan darah
Para Saintis Johnson & Johnson menyangkal dakwaan dalam sebuah jurnal perubatan berkenaan reka bentuk pembangunan vaksinnya yang sama seperti AstraZeneca. Dakwaan tersebut turut dikaitkan dengan masalah pembekuan darah yang jarang berlaku terhadap beberapa penerima vaksin.

Iklan Hari Raya | Lapan individu ditahan terlibat iklan promosi judi
Lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan satu iklan mempromosi aktiviti perjudian atas talian sempena Hari Raya, ditahan polis pada Jumaat, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

COVID-19 | Memahami jangkitan selepas divaksin
Bagaimana kita ingin memahami keadaannya yang mana petugas kesihatan ini pastinya mematuhi SOP yang ketat juga boleh dijangkiti COVID-19? Untuk itu kita akan bersama Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip.

Maldives bakal tawarkan vaksin kepada pelancong
Maldives merancang untuk memberikan dua dos vaksin kepada pelancong yang berkunjung ke negara itu.

COVID-19: 2,551 kes baharu, Sarawak catat hampir 1,000 kes
Sebanyak 2,551 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 370,528 kes.

KKM kesan dua lagi varian UK B.1.1.7
Pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian itu ialah lima kes.

Lima perkara penting kenyataan media KKM 15 April
Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 512 kes (23.8 peratus)

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: 1,767 kes baharu, Sarawak rekod kes tertinggi
Malaysia mencatatkan 1,767 kes positif baharu COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia pada Selasa.

Kes baharu COVID-19 kekal 4 digit, Selangor catat 535 kes
Malaysia merekodkan 1,739 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif ketika ini adalah 360,856 kes.

COVID-19: 9 kluster baharu di 6 negeri libatkan tempat kerja, komuniti
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam daripadanya merupakan kluster tempat kerja dan baki tiga lagi kategori kluster komuniti.

COVID-19: 1,510 kes baharu, 8 kematian direkodkan
Selangor menjadi negeri yang merekodkan pertambahan kes tertinggi iaitu 415 kes, diikuti Sarawak (296) dan Kelantan (171).

COVID-19: 1,854 kes baharu, Sarawak catat jangkitan tertinggi
Sebanyak 20 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

COVID-19: 1,285 kes baharu, empat kematian direkodkan
Malaysia merekodkan sebanyak 1,285 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 355,753 kes.