awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM ucap tahniah kepada Dr Mohammed Taufiq, hargai sumbangan Hannah

Bernama
Bernama
16/12/2025
13:15 MYT
FAM ucap tahniah kepada Dr Mohammed Taufiq, hargai sumbangan Hannah
FAM mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammed Taufiq Johari atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu, dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Hannah untuk peranan baharu beliau sebagai Menteri JPM (Wilayah Persekutuan). - Foto FB FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammed Taufiq Johari atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam Kabinet Kerajaan MADANI yang baharu seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi bersama-sama ahli jawatankuasa eksekutif dan petugas FAM turut merakamkan penghargaan kepada Hannah Yeoh atas khidmat beliau memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak Disember 2022.
FAM dalam kenyataan juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Hannah untuk peranan baharu beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Dr Mohammed Taufiq, 29, ialah seorang ahli politik dan doktor perubatan yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani sejak November 2022.
Beliau merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ketua Cabang Sungai Petani dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Bolasepak Malaysia FAM
#ucap tahniah
#Dr Mohammed Taufiq Johari
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan