awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,300 kes baharu, lima kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
06/04/2021
09:48 MYT
COVID-19: 1,300 kes baharu, lima kematian
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 14,161 kes menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan sebanyak 1,300 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 353,329 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 24 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 14,161 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacitanya turut memaklumkan pertambahan sebanyak lima kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,300 kes.
Mengenai penularan mengikut negeri, Sarawak merekodkan negeri tertinggi bagi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 385 kes diikuti Selangor, 242 kes, dan Kelantan sebanyak 126 kes.
Setakat ini, sebanyak 189 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 88 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh terus meningkat sebanyak 1,412 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 337,868 kes
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#KKM
#COVID-19
#koronavirus
#kes kematian
#kes baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan