KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Selasa naik ke 1,483 berbanding 1,244 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lima kes kematian dicatat semalam.

Satu daripada kes tersebut berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 22,957 manakala 21,958 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 957 kes dirawat di hospital dengan 23 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,852 kes sembuh.