JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara pada Sabtu terus menunjukkan penurunan dengan 1,627 kes dilaporkan, berbanding 1,788 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, lima kes kematian dicatat semalam.

Satu kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 22,115, dengan 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sejumlah 963 pesakit mendapat rawatan di hospital dengan 16 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,379 kes sembuh.