KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,680 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 311,777.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut, tiga daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Menurut beliau, dalam tempoh 24 jam lalu juga, kes harian tertinggi terus dilaporkan di Selangor dengan 826 kes diikuti Sarawak (221) dan Johor (139).
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, katanya, 89.2 peratus)adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Sehingga kini seramai 172 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 84 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Selain itu sebanyak 21,159 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga pukul 12 tengah hari ini, terdapat tujuh kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,166 kes atau 0.37 peratus.
Katanya, kes kematian itu melibatkan tiga kes di Selangor, tiga kes di Sarawak dan Sabah (satu kes) yang kesemuanya melibatkan rakyat tempatan berusia 43 hingga 84 tahun.
Beliau turut memaklumkan, bagi kes sembuh sebanyak 2,548 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 289,452 kes.
Umavathi Ramayah
Sat Mar 06 2021

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga pukul 12 tengah hari ini terdapat tujuh kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,166 korban. - Gambar fail BERNAMA

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

115 kuil, tokong di Kuala Lumpur didirikan secara tidak sah
Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti.

COVID-19: Kes positif global lebih 137.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Bas terbakar dirempuh lori tangki, 20 maut
Bas yang dalam perjalanan dari Kaherah itu dilaporkan terbalik ketika cuba memotong sebuah lori sebelum dilanggar sebuah trak.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Reezal Merican yakin lebih ramai layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Seramai 23 atlet di bawah Program RTT 2020 kini dalam usaha memburu slot di temasya Sukan Olimpik menerusi proses kelayakan, yang masih berlangsung sehingga Jun.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow
Orang ramai digesa agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan.

Arahan Sekatan | Turki kenakan sekatan separa penuh
Turki mengenakan arahan sekatan separa di negara itu, untuk tempoh beberapa minggu pertama dalam bulan Ramadan. Keputusan itu dibuat Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu siaran televisyen setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19 | Penduduk singapura boleh pilih vaksin
Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu. Setiap pusat hanya akan membekalkan dan memberi satu jenis vaksin - sama ada Moderna atau Pfizer-Biontech.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

COVID-19: Kes positif global lebih 137.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow
Orang ramai digesa agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan.

PKPD di Kg. Juara, Pulau Tioman tamat esok, ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, ditamatkan esok, lebih awal daripada jadual asal iaitu 20 April.

COVID-19: KKM kenal pasti 17 kes varian Afrika Selatan
Analisis filogenetik serta hubung kait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.

MFL beri amaran beraksi tanpa penonton jika gagal patuhi SOP
Terdapat pasukan dan penyokong sering melanggar SOP seperti yang ditetapkan untuk mengekang penularan COVID-19.

Capaian internet rendah, faktor pendaftaran vaksin di N. Sembilan rendah
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kawasan berkenaan sebahagian besar melibatkan perkampungan Orang Asli.

Kesedaran sivik masyarakat semakin tenat, hanya pentingkan diri sendiri
Kemudahan lif di pusat beli belah sepatutnya mengutamakan golongan memerlukan antaranya seperti warga emas, ibu mengandung, dan kanak-kanak.