KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,828 jangkitan baharu COVID-10 direkodkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam.

Sementara Johor pula menjadi negeri paling banyak merekodkan jangkitan positif iaitu sebanyak 490 kes diikuti Selangor (453) dan Sarawak (220).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes di negara kini ialah 302,580 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 25,542 kes.

Dalam pada itu, sebanyak lima kematian direkodkan pada Isnin yang menjadikan jumlah korban di Malaysia akibat COVID-19 kini mencecah 1,135.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, dalam tempoh 24 jam juga, seramai 198 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kata beliau, jumlah pesakit yang sembuh pada Isnin pula merekodkan angka lebih tinggi daripada kes baharu iaitu 2,486 kes.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya di Malaysia adalah sebanyak 275,903 kes.