awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,903 kes positif, Sarawak catat peningkatan dua kali ganda

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2022
13:04 MYT
COVID-19: 1,903 kes positif, Sarawak catat peningkatan dua kali ganda
Sabah pula mencatatkan 1,216 kes positif COVID-19 dengan jumlah kes simptomatik berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi dengan 64.06 peratus. - FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 1,903 kes positif COVID-19 sekali gus menyaksikan peningkatan dua kali ganda berbanding 857 kes yang dilaporkan pada Isnin.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 1,891 kes yang dilaporkan merupakan kategori satu dan dua.
Enam kes dilaporkan dalam katgeori tiga, lima kes katgeori empat dan satu kes merupakan kategori lima.
‘’Empat daerah mencatatkan kes tiga angka dengan 745 kes di Kuching, Miri (217), Sibu (194) dan Bintulu (154) dam dua daerah tidak mencatatkan sebarang kes positif,’’ katanya.
JPBN Sarawak juga melaporkan dua kematian melibatkan lelaki berusia 67 tahun di Miri dan wanita berusia 83 tahun di Kuching.
Sementara itu, Sabah pula mencatatkan 1,216 kes positif COVID-19 dengan jumlah kes simptomatik berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi dengan 64.06 peratus.
Jumlah ini mewakili hampir dua pertiga daripada jumlah kes baharu di negeri itu.
Sebanyak 98.60 peratus atau 1,199 merupakan kategori satu dan dua, tiga kes kategori tiga, sebelas kes kategori empat dan tiga kes kategori lima.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sabah sarawak
#kes harian COVID-19
#Kluster baharu COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan