awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
Permohonan kuota penggajian pekerja asing mulai 19 Januari - KDN
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 10,052 kes baharu, 99.35% kategori satu dan dua

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2022
02:35 MYT
COVID-19: 10,052 kes baharu, 99.35% kategori satu dan dua
Nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.85, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.93. - Foto fail
KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan 10,052 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.35 juta.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Sbdullah, daripada jumlah itu, 9,987 kes (99.35%) adalah dalam kategori satu dan dua.
Manakala 65 kes (0.65%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.
"Daripada 65 kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima yang baharu dilaporkan pada 13 April 2022, 21 kes (32.31%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 18 kes (27.69%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster).
"Sementara itu, 26 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster), 33 kes (50.77%) berumur 60 tahun dan ke atas, 36 kes (55.38%) mempunyai komorbid dan satu kes (1.54%) ibu mengandung," jelasnya.
Sebanyak 161 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 15,893.
Semalam, tiga kluster baharu direkodkan, dengan 113 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.85, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.93.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ICU
#R-Naught
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan