KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kluster baharu dilaporkan hari ini, di mana lapan daripadanya adalah berkaitan tempat kerja manakala satu kluster daripada penularan komuniti dan satu lagi melibatkan aktiviti keagamaan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Berikut perincian kesemua kluster berkenaan:

KLUSTER KAMPUNG NYATOH

-Melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan dan Gombak, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 27 Februari hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 193 individu disaring, 74 positif

KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZAMRUD

-Melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 5 Mac hasil saringan bersasar pekerja tapak bina.
-Seramai 629 individu disaring, 21 positif.

KLUSTER JALAN DATO SELLATHEVAN

-Melibatkan daerah Klang, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 4 Mac hasil saringan pekerja syarikat perkhidmatan.
-Seramai 150 individu disaring, 21 positif.

KLUSTER INDUSTRI CHERAS JAYA

-Melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 5 Mac hasil saringan bersasar pekerja kilang.
-Seramai 36 individu disaring, 14 positif.

KLUSTER MERANTI UTAMA

-Melibatkan daerah Sepang, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 3 Mac hasil saringan bersasar pekerja kilang.
-Seramai 157 individu disaring, 11 positif.

KLUSTER PERUSAHAAN 10

-Melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
-Kes dikesan positif pada 25 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
-Seramai 372 individu disaring, 57 positif.

KLUSTER JALAN SENU

-Melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama, Perak.
-Kes dikesan positif pada 22 Februari hasil saringan pra pembedahan.
-Seramai 52 individu disaring, 10 positif

KLUSTER JALAN MUTIARA BARAT

-Melibatkan daerah Cheras, Kuala Lumpur serta Petaling dan Hulu
Langat, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 15 Februari hasil saringan pekerja pasar raya.
-Seramai 86 individu disaring, 17 positif

KLUSTER PERSIARAN ALAM

-Melibatkan daerah Cheras, Kuala Lumpur.
-Kes dikesan positif pada 22 Februari hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 43 individu disaring, 17 positif.

KLUSTER KUALA PUNTEH

-Melibatkan daerah Keningau, Sabah.
-Kes dikesan positif pada 27 Februari hasil saringan kemasukan wad.
-Seramai 132 individu disaring, 25 positif