KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 10 lokaliti di dua negeri bermula 17 sehingga 30 Jun.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa memaklumkan, lapan lokaliti melibatkan Sabah manakala dua lagi di Sarawak.

“Ia membabitkan Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai di Kalabakan, Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah di Tawau, Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil di Kota Kinabalu.

“Selain itu, Kampung Taun Gusi Peninting di Kota Belud dan PPR Taman Ehsan di Kudat turut menjadi antara kawasan dikenakan PKPD di Sabah.

“Dua lokaliti di Sarawak pula adalah Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas di Kuching,” jelas Ismail Sabri.

Sepanjang PKPD dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan menghalang pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut, katanya.