Mayat wanita dalam beg: Mangsa dicekik di Ampang sebelum ditanam di Rembau - Polis

Polis percaya wanita yang ditemukan maut pada Khamis lepas, dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Polis percaya wanita yang ditemukan maut pada Khamis lepas, dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau.
Ringkasan AI
- Wanita ditemui maut di rumah Ampang, Selangor sebelum mayatnya ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau.
- Polis percaya wanita dicekik selepas pertengkaran dengan suspek berusia 51 tahun berpunca dari isu kewangan.
- Identiti wanita belum disahkan; dua lelaki ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Muhammad Idzam berkata setakat ini, mayat belum dituntut kerana identitinya masih tidak disahkan selain keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh.
Pada Khamis lepas, mayat seorang wanita ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4.
Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang dikatakan polis mengenai kemungkinan punca pertengkaran yang menyebabkan wanita tersebut dibunuh? A: Polis percaya pertengkaran berpunca dari isu kewangan antara wanita itu dengan suspek berusia 51 tahun.
- Q: Mengapa identiti wanita yang ditemui maut masih belum disahkan? A: Identiti wanita belum disahkan kerana keadaan mayat yang sudah mereput dan keputusan ujian DNA belum diperoleh.
- Q: Berapa banyak individu yang ditahan oleh polis bagi membantu siasatan kes ini? A: Dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

