MALAYSIA
COVID-19: 103 kes pulih, 50 kes baharu - Dr Noor Hisham

Sementara itu, sebanyak 50 kes baharu telah dilaporkan di negara ini, menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 5532 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 103 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj daripada COVID-19, setakat hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya meningkat kepada 3,452 kes atau 62.4 peratus.
Sementara itu, katanya sebanyak 50 kes baharu telah dilaporkan di negara ini, menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 5,532 kes.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,987 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
"Sehingga kini, seramai 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.
"Kes kematian ke-93 (kes ke-5483) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.
"Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2020 jam 9.15 pagi," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami