awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu rasuah: MITI diminta terus laksana libat urus dengan prospek perniagaan, pelaburan

Bernama
Bernama
15/07/2025
20:30 MYT
Isu rasuah: MITI diminta terus laksana libat urus dengan prospek perniagaan, pelaburan
Strategi pembaharuan yang perlu diberi keutamaan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan KSN, Shamsul Azri pada Selasa. - Gambar Facebook Shamsul Azri Abu Bakar
PUTRAJAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) diminta terus melaksanakan libat urus bersama komuniti perniagaan dan pelabur bagi mendapat maklum balas isu rasuah yang boleh menjejaskan prospek perniagaan serta pelaburan di Malaysia.
Strategi pembaharuan yang perlu diberi keutamaan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, di sini, pada Selasa.
Pasukan Petugas Khas CPI memaklumkan dalam kenyataan sesi libat itu juga perlu dilaksanakan bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).
Menurut kenyataan itu, beberapa strategi pembaharuan lain yang dikenal pasti untuk diberi keutamaan oleh Kumpulan Fokus (FG) CPI termasuk pembudayaan integriti dan adaptasi teknologi dalam usaha membanteras rasuah dengan menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai model peranan kepada PBT yang lain.
"Diharapkan pelaksanaan inisiatif strategik oleh Pasukan Petugas Khas CPI ini akan memberi impak positif kepada prestasi Malaysia dalam CPI akan datang, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap sistem pentadbiran negara," menurut kenyataan itu.
Pasukan Petugas Khas itu turut memaklumkan, prestasi Malaysia dalam laporan IMD World Competitiveness Ranking 2025 menunjukkan peningkatan 11 anak tangga iaitu dari kedudukan ke-34 pada 2024 ke kedudukan ke-23 tahun ini.
"Indikator Sogokan dan Rasuah yang meningkat sebanyak 12 anak tangga turut menyumbang kepada peningkatan prestasi Malaysia dalam IMD," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#isu rasuah
#libat urus
#Pasukan Petugas Khas CPI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan