awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 11 kes Semenanjung berasal dari Sabah, petanda tidak baik - Pakar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/09/2020
04:45 MYT
COVID-19: 11 kes Semenanjung berasal dari Sabah, petanda tidak baik - Pakar
Pola kebolehjangkitan COVID-19 yang ketika ini sebanyak 851 kes dan semakin meningkat, adalah perkara yang membimbangkan jika tidak ditangani dengan segera. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sebelas kes baharu COVID-19 yang dikesan di Semenanjung daripada individu yang kembali dari Sabah adalah sesuatu yang mengecewakan bagi Pakar Kesihatan Awam Prof Madya Dr Malina Osman.
Menurutnya, ia memberi petanda bahawa perkembangan seterusnya pandemik itu di negara ini akan menjadi tidak begitu baik.
"Saya melihat itu sebagai keadaan yang mendukacitakan dan memberikan satu tanda bahawa perkembangan seterusnya tidak begitu baik.
"Kita akan menghadapi satu keadaan di mana kita perlu membuat lebih banyak saringan dan mengesan mereka yang positif serta melakukan tindakan pencegahan," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai 11 kes positif COVID-19 dikesan di Semenanjung Malaysia pada Sabtu, berpunca daripada individu yang baru kembali dari Sabah.
BACA: COVID-19: Kerajaan Sabah perlu segera dibentuk tangani pandemik - Pakar Kesihatan
BACA: COVID-19: 82 kes baharu, 64 di Sabah
Dr Malina berkata, walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan sedaya mungkin dengan menghantar pegawai dan kakitangan kesihatan tambahan ke Sabah, ia perlu diselarikan dengan kerjasama masyarakat.
Jelasnya, pola kebolehjangkitan COVID-19 yang ketika ini sebanyak 851 kes dan semakin meningkat, adalah perkara yang membimbangkan jika tidak ditangani dengan segera.
Topic Berkaitan
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#kes positif
#pandemik
#Sabah
#COVID-19
#kesihatan
#pakar
#Semenanjung Malaysia
#membimbangkan
#Malina Osman
#saringan
#kebolehjangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan