KUALA LUMPUR : Sebanyak 23 lagi kluster baharu dilaporkan hari ini dengan majoriti membabitkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 11 kluster tempat kerja direkodkan diikuti komuniti (lapan), kumpulan berisiko tinggi (dua), dan masing-masing satu institusi pendidikan dan pusat tahanan.

Katanya, semua kes kluster baharu yang dilaporkan itu menyumbang kepada 964 kes positif.

Berikut perincian bagi setiap kluster baharu:

Sebanyak 23 lagi kluster baharu dilaporkan hari ini yang masih menunjukkan kluster tempat kerja yang tertinggi iaitu sebanyak 11 kluster.   Ini diikuti dengan kategori klustyer komuniti sebanyak lapan kluster dilaporkan.   Antara kluster lain yang terlibat termasuk pusat pertahanan, pendidikan, dan juga kluster kumpulan berisiko tinggi.   Bagi jumlah pertambahan kluster mengikut negeri, Kelantan mencatatkan negeri tertinggi pertambahan kluster baharu.   Kesemua kluster baharu yang dilaporkan, turut menyumbang kepada 964 kes positif.  Jumlah kluster yang masih dilaporkan aktif adalah sebanyak 1,116 kluster.   Berikut perincian bagi setiap kluster baharu pada 1 Ogos.Berikut perincian bagi setiap kluster baharu pada 1 Ogos.