awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 12,017 kes baharu, 234 di ICU

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2022
02:50 MYT
COVID-19: 12,017 kes baharu, 234 di ICU
Jumlah kes pesakit COVID-19 yang sembuh dicatatkan semalam adalah sebanyak 20,431, kata Dr Noor Hisham. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 12,017 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4,268,486, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada jumlah itu, 11,949 kes (99.43%) adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 68 kes (0.57%) adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.
"Daripada 68 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan, 15 kes (22.06%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 29 kes (42.65%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak.
"Sementara itu, 24 kes (35.29%) telah menerima dos penggalak, 38 kes (55.88%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 40 kes (58.82%) mempunyai komorbid," kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.
Sebanyak 234 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 131 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 20,431 kes.
Semalam, hanya satu kluster baharu direkodkan, namun 163 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.86, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.03.
Topic Berkaitan
#kadar kebolehjangkitan
#Noor Hisham Abdullah
#jangkitan
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan