KUALA LUMPUR : Sebanyak 12 kluster baharu dikesan dengan 10 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.

Empat daripada kluster itu direkodkan di Johor sementara masing-masing tiga kluster di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua lagi kluster membabitkan pusat tahan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Menurut beliau, dengan pertambahan 12 kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 427 kluster aktif setakat hari ini.

"Kluster-kluster yang menyaksikan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah daripada Kluster Depot Imigresen Semuja (146 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (94 kes) dan Kluster DTI Juru (89 kes)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 13 kluster ditamatkan hari ini selepas tiada kes dikesan dalam tempoh 28 hari berturut-turut.

Antara kluster yang ditamatkan ialah Kluster Jalan Indah Utama, Kluster Perindustrian Fasa Dua, Kluster Kampung Teluk, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Subang Delima, Kluster Batu 20 dan Kluster Santong Paka.

Enam lagi kluster katanya, adalah Kluster Batu Tiga Setengah, Kluster Industri Puchong, Kluster Jalan Galah, Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Jalan Kota Murni, dan Kluster Tapak Bina Jalan Tandok.

Berikut adalah perincian mengenai 12 kluster baharu yang dikesan:

1. KLUSTER SUNGAI BERUMBUNG2. KLUSTER LORONG USAHA UTAMA
3. KLUSTER JALAN DAHLIA 22
4. KLUSTER JALAN INDUSTRI SOFA
5. KLUSTER JALAN BESAR KEPONG
6. KLUSTER JALAN DAUN
BACA: COVID-19: 1,576 kes baharu, sifar kes di Perlis

7. KLUSTER LORONG NIBONG
8. KLUSTER PERSIARAN HEMISFERA9. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN CYBERSOUTH
10. KLUSTER BANDAR BARU11. KLUSTER DTI JURU12. KLUSTER DTI JALAN DUTA