awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,576 kes baharu, sifar kes di Perlis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/03/2021
09:21 MYT
COVID-19: 1,576 kes baharu, sifar kes di Perlis
Dr Noor Hisham, berkata Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 407 kes, diikuti Selangor (348 kes) dan Pulau Pinang (182 kes). - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR : Sebanyak 1,576 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 330,042 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 407 kes, diikuti Selangor (348 kes) dan Pulau Pinang (182 kes).
Sementara itu, Perlis menjadi satu-satunya negeri yang merekodkan sifar kes harian dalam tempoh 24 jam.
Katanya, sehingga kini sebanyak 14,360 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu 151 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 57 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Kes baharu hari ini membabitkan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
"Sehingga pukul 12 tengah hari ini terdapat dua kes kematian atau 0.37 peratus dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 sebanyak 1,225 kes," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 1,996 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 314,457 kes atau 95.28 peratus.
#COVID19 Status terkini 19 Mac 2021 Kes sembuh 1,996 Kes baru 1,576 Kes tempatan 565 (867WN, 698BWN) Kes import:11 (8WN, 3BWN) Kes kematian: 2 WN Kes di ICU: 151, Pesakit Intubated: 57 pic.twitter.com/XE1lpPoTqD
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 19, 2021
Pecahan kes mengikut negeri, 19 Mac 2021. #COVID19 pic.twitter.com/OnhAodaORM
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 19, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pelaksanaan PKPP
#PKPB
#kes baharu
#Kementerian Kesihatan
#ICU
#bantuan pernafasan
#Hospital
#kes import
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan