Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 12 lagi kluster baharu COVID-19 hari ini. 

Ia melibatkan masing-masing empat kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta masing-masing satu (1) kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini ialah: 

1. KLUSTER PONDOK BELAGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Belaga di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381009) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Pekan Belaga.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER KAMPUNG BATU SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Batu 9, Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 52 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA TANJUNG KUPANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385630) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Tanjung Kupang, Johor Bahru. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 145 individu telah disaring, di mana 44 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN RAJA BUKIT PASIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Raja, Bukit Pasir, Muar.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 306 individu telah disaring, di mana 151 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN SEBAUH – BINTULU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sebauh dan Bintulu di Sarawak.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana  penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sebauh – Bintulu, Sebauh.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 67 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN ARUMUGAM PILLAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-389453 dan kes ke-389468) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu-individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 17 April 2021 di Jalan Arumugam Pillai, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER KOTA SYAHBANDAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-375000) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kota Syahbandar, Melaka Tengah.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN KESIDANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 377080) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kesidang 2/9, Taman Kesidang Seksyen 2, Melaka Tengah.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER SUNGAI SENIBUNG

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Julau di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381022) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Sungai Senibung, Julau.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 290 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER KAMPUNG PANGKAL CHUIT

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Machang di Kelantan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-387368) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Kampung Pangkal Chuit, Machang.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER JALAN IMPIAN EMAS 17

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385608) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Jalan Impian Emas, Skudai, Johor Bahru.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 125 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER KAMPUNG SELAMAT

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan daerah Kulim di Kedah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-376569) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan kakitangan dan tahanan-tahanan di sebuah pusat pemulihan yang terletak di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.

Sehingga 26 April 2021, sejumlah 365 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.