KUALA LUMPUR:Sarawak melaporkan pertambahan 132 kes positif COVID-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes positif negeri itu meningkat kepada 2,702 kes.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Sibu terus mencatat peningkatan tertinggi dengan 62 kes.
Ia diikuti Kanowit (46), Bintulu (12), Miri (5), Kuching (3) dan masing-masing satu kes di Dalat, Lubok Antu, Serian dan Selangau.
“Kluster Pasai merekodkan pertambahan 88 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi kluster ini meningkat kepada 982 kes.
“Setakat ini sejumlah 8,250 individu disaring dengan 5,500 disahkan negatif manakala 1,768 masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata kenyataan itu.
Selain itu, JPBN Sarawak turut melaporkan pertambahan satu kematian melibatkan kes 2,546 yang merupakan seorang lelaki warga tempatan di Hospital Miri pada 20 Januari 2021.
“Kes dimasukkan ke Hospital Miri pada 18 Januari 2021 kerana mengalami masalah kesukaran bernafas dan disahkan meninggal dunia dua hari selepas itu.
“Menerusi ujian saringan yang dijalankan mendapati kes positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 dan turut disahkan menghidapi masalah kegagalan buah pinggang tahap akhir yang memerlukan rawatan dialisis,” tambahnya.
Sementara itu, 92 kes melibatkan 57 kes dari Hospital Sibu, Hospital Miri (30) dan Hospital Umum Sarawak (5) dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes pulih dan discaj di negeri itu meningkat kepada 1,323 atau 48.96 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif.
Syafik Shukri Jalil
Thu Jan 21 2021
92 kes melibatkan 57 kes dari Hospital Sibu, Hospital Miri (30) dan Hospital Umum Sarawak (5) dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini.
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Pemerasan RM1.25 juta: Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Selain ACP, turut disiasat seorang Deputi Superintenden (DSP), tiga Inspektor dan masing-masing seorang Sarjan serta Lans Koperal.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan - Zambry
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata tugas untuk mentransformasi dunia AI sebagai melengkapkan agenda pembangunan negara perlu dilaksanakan secara bersama dengan kementerian lain.
RM1.06 bilion bangunkan projek infrastruktur di Sabah tahun ini - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini.
Polis beri amaran tidak main isu 3R
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi maran kepada semua pihak supaya tidak menyentuh isu 3R (agama, kaum, raja) yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam ketika Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri, Kuala Kubu Baharu.
Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia
Penantian kira-kira 260 penduduk Kampung Orang Asli Kerling di Kuala Kubu Baharu untuk mendapatkan perkhidmatan berakhir setelah kawasan itu kini sudah menerima isyarat liputan daripada empat penyedia telekomunikasi utama.
PH ada sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Centre
Jumlah pengundi pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu dijangka sekitar 70 peratus, dengan calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao dijangka mempunyai sedikit kelebihan berbanding calon yang lain.
Kajian Ilham Centre mendapati, rekod pencapaian DAP mengikut setiap pusat daerah mengundi (DPM) yang agak konsisten sejak menang Pilihan Raya Umum ke-13, membawa ke Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023, menjadikan parti penyandang ada sedikit kelebihan.
Kajian Ilham Centre mendapati, rekod pencapaian DAP mengikut setiap pusat daerah mengundi (DPM) yang agak konsisten sejak menang Pilihan Raya Umum ke-13, membawa ke Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023, menjadikan parti penyandang ada sedikit kelebihan.
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.
COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.
COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2
Sarawak kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara dengan 2,121 kes dilaporkan hari ini.
1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Peralatan perubatan yang diterima itu merupakan persediaan Sarawak untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta.
COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.
Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.
KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.
COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.
Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.