SEBANYAK 14 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan 1.08.

Ini walaupun kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan trend penurunan selama empat hari berturut-turut.

Pada Ahad, ia susut kepada 1.08 berbanding 1.10 pada hari sebelumnya.

Perlis mencatat kadar tertinggi dengan 1.53 diikuti Terengganu dan Kelantan.

Seterusnya Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Putrajaya dan Pahang.

Ini termasuk Johor, Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka dan Selangor.

Negeri yang mencatat kadar di bawah purata kebangsaan ialah Negeri Sembilan dan Labuan.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.