KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang lalu mencatatkan penurunan apabila 15,764 kes dilaporkan hari ini, berbanding sebanyak 17,150 kes semalam.

Ia sekali gus membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,146,186 sejak pandemik bermula di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, berdasarkan jumlah kes baharu, negeri Selangor masih penyumbang tertinggi penularan kes harian dengan 6,067 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,536)  dan Johor (1,222).


Menurutnya, terdapat enam kes import yang menerima jangkitan iaitu dua warganegara dan empat bukan warganegara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 199,051 kes.

Mengenai jumlah korban, sebanyak 219 lagi pertambahan kes kematian baharu dilaporkan dan tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini kepada 9,403 kes.


Selain itu Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini sedang merawat sebanyak 1,063 kes dan daripada jumlah itu, 532 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 937,732 kes termasuk dengan jumlah kes pulih baharu sebanyak 11,767 kes hari ini.

Sementara itu, 29 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 13 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Kelantan pula merekodkan 10 kluster baharu dengan enam daripanya adalah kluster komuniti.

Jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 2,603 kluster dan jumlah kluster aktif sebanyak 1,128 kluster.