awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang plastik di Bandar Puncak Alam terbakar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/12/2025
09:45 MYT
Kilang plastik di Bandar Puncak Alam terbakar
Bomba masih menyiasat punca kebakaran kilang plastik di Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam. - Gambar/ JBPM
SHAH ALAM: Sebuah kilang plastik di Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Kilang plastik di Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor dilaporkan terbakar pagi tadi.
  • Kebakaran melibatkan kilang plastik seluas 200x300 kaki persegi dan berjaya dikawal pada 1.30 petang tanpa melibatkan mangsa.
  • Operasi pemadaman melibatkan 35 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat dari beberapa kawasan berdekatan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.53 pagi.
Menurutnya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 12.27 tengah hari, kira-kira 25 kilometer dari balai, sebelum operasi pemadaman segera dijalankan.
"Operasi pemadaman turut dibantu pasukan dari BBP Kapar, BBP Kota Anggerik, BBP Rawang, BBP Batu Arang dan BBP Petaling Jaya.
“Seramai 35 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi ini dengan kekuatan jentera terdiri daripada empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta tiga jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Tasik Puteri dan Saujana Utama,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Ahmad Mukhlis berkata, setakat ini tiada mangsa dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.30 tengah hari sebelum dipadam sepenuhnya.
Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Taman Industri Alam Jaya
#Puncak Alam
#kebakaran kilang
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan