KUALA LUMPUR: Sejumlah 18 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan sembilan daripadanya melibatkan kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan 850 kluster COVID-19 masih lagi aktif ketika ini.

Selain itu, beliau memaklumkan jumlah keseluruhan kluster dilaporkan adalah 2,970 kluster dengan 2,120 daripadanya telah tamat.

BACA: COVID-19: Lebih 7,000 jangkitan baharu hari ini, kes kumulatif hampiri 800,000

Berikut perincian kluster yang dilaporkan hari ini:

1. Lorong Tiga Kampung Siol Kandis
- Kluster komuniti dikesan di Kuching dan Samarahan, Sarawak
- 213 disaring, 69 dikesan positif

2. Sungai Bedil Besar
- Kluster komuniti dikesan di Kuching, Sarawak
- 94 disaring, 31 dikesan positif

3. Pintasan Kota Belud
- Kluster komuniti dikesan di Kota Belud, Sabah
- 34 disaring, 18 dikesan positif

4. Siasai Dundau
- Kluster komuniti dikesan di Kota Belud, Sabah
- 149 disaring, 35 dikesan positif

5. Jalan Bukit 17
- Kluster komuniti dikesan di Johor Bahru, Johor
- 32 disaring, 16 dikesan positif

6. Jalan Pulasan 18
- Kluster komuniti dikesan di Johor Bahru, Johor
- 28 disaring, 14 dikesan positif

7. Taman Dovenby
- Kluster komuniti dikesan di Kuala Kangsar, Kinta, Larut, Matang, Selama di Perak dan Gombak, Selangor
- 61 disaring, 34 dikesan positif

8. Jalan Panchang
- Kluster komuniti dikesan di Sabak Bernam, Selangor
- 33 disaring, 14 dikesan positif

9. Jalan Nik Yusuf
- Kluster komuniti dikesan di Pasir Mas, Kelantan
- 26 disaring, 14 dikesan positif

10. Tasik Utama 2
- Kluster tempat kerja dikesan di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan
- 448 disaring, 27 dikesan positif

11. Industri Lengkok Emas Nilai
- Kluster tempat kerja dikesan di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan
- 1,300 disaring, 68 dikesan positif

12. Industri Jalan TMP Lapan
- Kluster tempat kerja dikesan di Melaka Tengah, Melaka
- 69 disaring, 22 dikesan positif

13. Jalan Tun Razak Peringgit
- Kluster tempat kerja dikesan di Melaka Tengah, Melaka
- 114 disaring, 29 dikesan positif

14. Jalan Metro Perdana
- Kluster tempat kerja dikesan di Kepong, Titiwangsa, Gombak, Petaling, dan Kuala Selangor di Kuala Lumpur dan Selangor
- 116 disaring, 19 dikesan positif

15. Pasar Orkid Sentosa
- Kluster tempat kerja dikesan di Hulu Selangor, Selangor
- 63 disaring, 20 dikesan positif

16. Sejantung
- Kluster pendidikan tinggi dikesan di Hulu Selangor, Selangor
- 152 disaring, 96 dikesan positif

17. Jalan Limau Kampung Pasir
- Kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Johor Bahru, Johor
- 20 disaring, 8 dikesan positif

18. Jalan Parit Mahang
- Kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Kuala Selangor, Selangor
- 71 disaring, 45 dikesan positif