KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan tujuh kluster tempat kerja, lima kluster keagamaan, lima kluster komuniti dan dua kluster berkenaan pendidikan.

Berikut adalah perincian bagi kluster-kluster terbabit:

1. Jalan Haji Alias (Keagamaan)

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes no. 405017, perempuan, warganegara Malaysia berumur 65 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes indeks mula bergejala pada 26 April 2021.

2. Jalan Raja Musa (Tempat kerja)

Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Raja Musa, Kawasan Perindustrian Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Kuala Selangor.
 
3. Jalan Jurutera (Pendidikan)

Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Jurutera, Kampung Sri Langkas, Puchong, Petaling.

4. Balakong Jaya Tiga (Tempat kerja)

Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Jalan Balakong Jaya 3, Taman Industri Balakong Jaya, Seri Kembangan.

5. Desa Kemuning (Keagamaan)

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes no. 432852, lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 3 Mei 2021.

6. Jalan Kesyukuran (Keagamaan)

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes no. 402863, lelaki, warganegara Malaysia berumur 51 tahun dari Jalan Kesyukuran, Bandar Penawar, Kota Tinggi yang dilaporkan positif COVID-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

7. Kampung Sawah (Komuniti)

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes no. 434439, perempuan, warganegara Malaysia berumur 75 tahun dari Kampung Sawah, Pekan Nanas, Pontian yang dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.

8. Jalan Maharani (Tempat kerja)

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Maharani, Muar.

9. Bukit Minyak Lapan (Tempat kerja)

Kluster ini melibatkan pekerja - pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perindustrian Bukit Minyak 8, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
 
10. Pelagat Tiga (Komuniti)

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes no. 424352, lelaki, Warganegara Malaysia berumur 67 tahun dari Pelagat 3, Seberang Jerteh, Besut yang dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.

11. Dah Empat Kota (Tempat kerja)

Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pentadbiran awam yang terletak di Wilayah 4, Kota Sarang Semut, Kota Setar.

12. Dah Lalang (Keagamaan)

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes no. 427652, perempuan, warganegara Malaysia berumur 65 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.

13. Parit Lima (Komuniti)

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes no. 436396, perempuan, warganegara Malaysia berumur 64 tahun dari Jalan Parit 5, Sungai Sumun, Hilir Perak yang dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat.

14. Jalan Baling (Pendidikan)

Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Baling, Pengkalan Hulu, Hulu Perak.

15. Ulu Anap (Komuniti)

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes no. 410358, perempuan, Warganegara Malaysia berumur 38 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.

16. Emperan (Komuniti)

Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar dalam komuniti di Emperan Ubah, Sibu, Selangau.

17. Pekan Pasir Mas (Keagamaan)

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes no. 377047, lelaki, warganegara Malaysia berumur 20 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

18. Kompleks Empat (Tempat kerja)

Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Mukim Pantai, Kota Kinabalu.

19. Gudang Genting (Tempat kerja)

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Genting Highlands, Bentong.