awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2021
10:42 MYT
COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian dalam negara terus mencatatkan peningkatan dengan 2,148 lagi individu disahkan positif COVID-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,259 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 349,039 kes.
"Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 512 kes (23.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 420 kes (82.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 459 kes (21.4 peratus) dan Kelantan sebanyak 221 kes (10.3 peratus).
"Sebanyak 57 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (45 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (12 kes)," katanya dalam kenyataan media harian berkaitan COVID-19.
COVID-19 | Kes baharu COVID-19 terus melonjak
Beliau juga memaklumkan terdapat 10 kes kematian pada Khamis yang melibatkan masing-masing tiga kes di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Johor dan Sabah.
"Sebanyak sembilan kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara," katanya lagi.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan, terdapat 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan sembilan kluster tempat kerja dan enam kluster komuniti.
BACA: Sambutan Aidilfitri: KKM cadang rentas negeri ditangguhkan - Dr Adham Baba
Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia
Sehingga 15 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 2,148 kes (367,977 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 459 (121,817) Sabah - 202 (56,367) Johor - 182 (42,708) WP KL - 171 (39,419) Sarawak - 512 (21,960) 1/2
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 15, 2021
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#Kuala Lumpur
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#rentas negeri
#KKM
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan