PUTRAJAYA:Malaysia mencatatkan 2,985 jangkitan baharu pandemik COVID-19 bagi tempoh 24 jam dan menjadikan angka kumulatif COVID-19 kini sebanyak 144,518 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kes import yang menerima jangkitan daripada luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini menjadi sebanyak 32,377 kes ,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini pada Rabu.
Bagi penularan jangkitan mengikut negeri pula, beliau berkata, Selangor masih mencatatkan negeri tertinggi pertambahan jangkitan baharu dengan 837 kes diikuti Johor (535) dan Sabah (450).
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat pertambahan empat kes kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 563 kes.
Setakat ini, 197 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 79 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula, kata beliau, mencatatkan peningkatan sebanyak 994 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 111,578 kes.
Hilmi Malik
Wed Jan 13 2021

Malaysia mencatat pertambahan empat kes kematian baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 563 kes, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA

MH370 | Malaysia, China, Australia tidak pernah berkira
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan Malaysia, Australia dan China tidak pernah berkira untuk mengeluarkan perbelanjaan serta sumber tenaga dalam usaha kolektif mencari pesawat MH370. Ia bertujuan memastikan semua pihak mendapat jawapan di sebalik kehilangan pesawat berkenaan.

MH370 | Kerajaan sedia bincang pencarian semula
Kerajaan terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, tujuh tahun lalu. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan China dan Australia bagi merungkai misteri kehilangan pesawat malang Boeing 777-200 itu.
![[TERKINI] Perkembangan COVID-19 Malaysia setakat 07 Mac 2021 [TERKINI] Perkembangan COVID-19 Malaysia setakat 07 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894107/8343693781615110267400_640x360.jpg)
[TERKINI] Perkembangan COVID-19 Malaysia setakat 07 Mac 2021
Sejumlah 1,683 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter peribadinya memaklumkan, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 746 jangkitan baharu.

JPJ ambil tindakan pelajar tular tak pakai topi keledar
Gambar berkenaan menjadi tular apabila baju seragam sekolah yang dipakai oleh pembonceng itu diconteng dengan tulisan berunsur lucah yang mempersendakan guru.

RMK12 akan dibentang sebaik Parlimen bersidang - Mustapa
Dokumen berkenaan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa membabitkan angka dan perincian lain sesuai dengan keadaan negara termasuk kesan COVID-19.

Tujuh tahun misteri MH370: Kerajaan terbuka perbincangan untuk teruskan pencarian
Kerajaan juga menzahirkan komitmen untuk memastikan semua ahli keluarga dan waris mangsa terus mendapat perkembangan mengenai pencarian pesawat tersebut.

Lemas | Mayat remaja dihanyutkan arus ditemui pagi Ahad
Mayat remaja yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang Kelantan ditemui terapung 15 kilometer daripada lokasi asal pada Ahad. Mayat Nur Jannatul Alia Mohd. Zamri, 13 tahun dijumpai anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.30 pagi.

COVID-19: 1,683 jangkitan baharu, tiga korban, 24 kes dikesan di Perlis
Negeri Perlis yang sekian lama mencatatkan kes harian satu digit hari ini merekodkan 24 kes baharu.

Vaksin COVID-19 | Petugas hadapan lebih yakin tunaikan kewajipan
Hampir 50 peratus petugas kesihatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar terdiri daripada doktor, jururawat dan pengamal perubatan am sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Dr Othman Warijo berkata, petugas berkenaan telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

COVID-19 | Varian Nigeria B1.525 boleh dikesan
Varian Nigeria B1.525 daripada COVID-19 mempunyai mutasi penting dalam spike protein, tetapi ia tidak menjejaskan keupayaan untuk mengesan atau menjejaki seseorang yang dijangkiti varian itu.

COVID-19: 1,683 jangkitan baharu, tiga korban, 24 kes dikesan di Perlis
Negeri Perlis yang sekian lama mencatatkan kes harian satu digit hari ini merekodkan 24 kes baharu.

KKM kesan empat lagi kluster baharu
Empat lagi kluster baharu dengan tiga daripadanya melibatkan tiga tempat kerja direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian
Sebanyak 1,680 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 311,777 kes.

Kes kematian keseluruhan kini 1,159 kes, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM hari ini
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 5 Mac.

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian
Jumlah kes yang sembuh pula mencatatkan 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.

Iklan jualan vaksin COVID-19 dalam talian palsu - Dr Noor Hisham
Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Vaksin diberikan secara percuma, KKM sedang kenal pasti hospital, klinik swasta
KKM sedang mengenal pasti hospital dan klinik swasta untuk diberikan vaksin bagi meneruskan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.

COVID-19: Tujuh hospital dikenal pasti buat ujian persampelan guna air liur
Buat masa ini pihaknya sedang menunggu laporan lengkap penilaian tersebut sebelum kaedah itu dapat digunakan secara menyeluruh.