awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 207 kes baharu, tiada kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2023
01:15 MYT
COVID-19: 207 kes baharu, tiada kematian dicatat
Sejumlah 9,206 kes aktif dicatat pada Ahad 8,871 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 50 hari berturut-turut.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Ahad naik sedikit ke 207 berbanding 173 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Untuk Ahad, tiada kematian direkodkan berkaitan COVID-19, perkembangan sama tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Ahad kekal di bawah 10,000 kes, iaitu 9,206 berbanding 9,174 kes pada hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 8,871 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 325 pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.
Daripada jumlah itu, 10 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan enam pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara turut merekodkan 175 kes sembuh.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan