awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 217 kes baharu, dua kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2023
22:20 MYT
COVID-19: 217 kes baharu, dua kematian dicatat
Sejumlah 9,230 kes aktif dicatat pada Rabu dengan 8,882 kes atau 96.2 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 53 hari berturut-turut.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Rabu naik sedikit ke 217 dengan tiada kes import, berbanding 206 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Untuk Rabu, dua kematian direkodkan berkaitan COVID-19.
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Rabu kekal di bawah 10,000 kes dengan 9,230 kes dicatat berbanding 9,248 kes pada hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 8,882 kes atau 96.2 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 341 pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.
Daripada jumlah itu, tujuh pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan tiga pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara turut merekodkan 233 kes sembuh.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan