SEREMBAN: Sebanyak 22 buah sekolah di Negeri Sembilan ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat pengesanan kes positif COVID-19.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Mohamad Rafie Ab Malek, berkata sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Batu, SK King George, SK Labu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chan Wa dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lorong Java, SJKC Chung Hua, Seremban.

Turut ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang, SJKT Nilai, SMK St Paul, SMK King George V, SMK Kompleks KLIA, SMK Bukit Mewah, SJKC Bandar Springhill dan SMK Tuanku Abdul Rahman di Gemas, SMK Gemas, SMJK Chan Wa II, SJKC Bandar Sri Sendayan, SMK Mambau, SK Chembong, SMK Dato' Sedia Raja dan SK Dato Klana Putra.

Sementara itu Mohamad Rafie berkata 14 sekolah yang dilanjutkan tempoh penutupannya bermula hari ini dan esok ialah SK Kompleks KLIA, SJKC Sino English, SJKC Sungai Salak, SJKC Pei Hua, Seremban, SK Si Rusa, SK Lavender Heights, Sekolah Menengah Agama Rembau, SK Jimah Baru dan SK Desa Cempaka.

Turut menerima arahan pelanjutan penutupan adalah SMK Desa Cempaka, SK Taman Seri Mawar, SK Bandar Sri Sendayan, SK Sega dan SJKT Ladang Tanah Merah.

SMK Seremban 2 juga dilanjutkan penutupannya bermula hari ini sehingga Jumaat.

Beliau berkata arahan penutupan itu bagi membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi.

-- BERNAMA