awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 221 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
06/03/2021
09:42 MYT
COVID-19: 221 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak
Pertambahan satu kluster ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak meningkat kepada 26 kluster dengan lima kluster mencatatkan pertambahan kes positif.
KUALA LUMPUR: Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 221 kes positif COVID-19 dengan Sibu kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 79 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu kepada 10,895.
Ia diikuti Bintulu (33), Betong (32), Kuching (17), Kapit (12), Julau (10), Serian (10), Meradong (lapan), Miri dan Sebauh (lima), Bau dan Selangau (tiga), Pusa (dua) dan satu kes masing-masing di Sarikei dan Tatau.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Sabtu, satu kluster baharu melibatkan Kluster Bukit Tunggal di daerah Julau juga dilaporkan hari ini.
“Kluster komuniti ini melibatkan dua buah rumah panjang di Nangga Lioh dan Nangga Sebuntang di kawasan Bukit Tunggal, Durin, Julau.
“Kes indeks kepada kluster ini melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 69 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala di klinik kesihatan pada 25 Februari 2021.
“Penularan jangkitan dipercayai berlaku daripada aktiviti gotong-royong di sawah padi dan setakat ini 29 kes positif (termasuk kes indeks) dilaporkan.
Tambah kenyataan itu, setakat ini 139 individu telah disaring dengan 94 disahkan negatif manakala 16 masih menunggu keputusan ujian makmal.
Justeru, dua rumah panjang tersebut kini dikenakan sekatan pergerakan selama 14 hari bermula 1 Mac 2021 sehingga 14 Mac 2021.
Pertambahan satu kluster ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak meningkat kepada 26 kluster dengan lima kluster mencatatkan pertambahan kes positif.
Selain itu, tiga kematian akibat COVID-19 turut dilaporkan di Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu menjadikan jumlah kes kematian di negeri itu kepada 87.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#terkini kes positif di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#Kluster baharu di Sarawak
#kes positif di Julau
#kes kematian di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan