KUALA LUMPUR: Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemas kini maklumat berkenaan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan bilangan PPV.
"Bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, orang ramai boleh hadir ke PPV yang tersenarai secara walk-in (jumpa terus) atau membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini.
"KKM ingin menegaskan bahawa pengambilan vaksin COVID-19 pada masa ini adalah secara sukarela, namun pengambilan vaksin COVID-19 adalah digalakkan terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Dzulkefly berkata vaksin COVID-19 yang tersedia di negara ini berkesan untuk melindungi daripada komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti.
Beliau berkata KKM turut menyarankan setiap warga Malaysia memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melindungi diri daripada jangkitan dan tidak menularkan COVID-19 kepada orang lain dengan mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S.
Pendekatan 3W adalah amalan kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala dan amaran yang lebih berkonsepkan peringatan manakala 3S ialah elak kawasan sesak, sempit serta sembang pada jarak dekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023

Dzulkefly berkata vaksin COVID-19 yang tersedia di negara ini berkesan untuk melindungi daripada komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti. - Gambar fail/Bernama

PTU cipta sejarah, pamer kehandalan terbangkan ‘Toruk Makto’
Mohd Asghar Khan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi PTU pertama yang menerbangkan pesawat dalam pertunjukan udara LIMA.

Malaysia tangani penyakit paru-paru menerusi pendekatan inovatif termasuk AI - Dzulkefly
Negara juga sudah melancarkan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Malaysia 2025-2030 yang merangkumi elemen pencegahan, rawatan dan pemulihan.

UK gantung rundingan perdagangan bebas dengan Israel, kecam krisis Gaza sebagai “keji”
Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai "berbahaya, menjijikkan dan kejam."

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

ASEAN, rakan dialog komited sokong sistem dagangan multilateral berasaskan peraturan - MITI
Galakkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang boleh diramal, telus, bebas, adil, inklusif, mampan, tanpa diskriminasi dan terbuka.

Hampir 200,000 terjejas akibat banjir di selatan Filipina
Hujan tanpa henti telah menyebabkan banjir di 98 kawasan melibatkan 11 bandar dalam wilayah di pulau Mindanao.

Penglibatan masyarakat, pembentukan karakter penting selesai isu sosial - Fadhlina
Isu sosial seperti perkahwinan kanak-kanak, kehamilan remaja tidak dapat diselesaikan tanpa penglibatan aktif masyarakat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes COVID-19 di Thailand berganda, Bangkok catat lebih 6,000 jangkitan
Kes COVID-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perhimpunan tahunan WHO bermula, perjanjian pandemik jadi tumpuan
Perjanjian itu dirangka dalam tempoh singkat susulan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19.

Kes COVID-19 di Selangor terkawal, catat penurunan - Exco
Situasi jangkitan COVID-19 di Selangor dalam keadaan terkawal berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 2025.

Filipina 'aktif memantau' peningkatan kes COVID-19 di Asia Tenggara
Sehingga 3 Mei 2025, DOH melaporkan penurunan sebanyak 87 peratus dalam kes dan kematian berbanding 2024 di Filipina.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Mei 2025.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Gaji graduan: Calon temuduga perlu buktikan nilai diri, jangan tuding pihak lain - Belia
Calon temu duga perlu membuktikan nilai yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan, dalam rundingan mengenai gaji.

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS.