awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 244 kes baharu, lima kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2023
21:30 MYT
COVID-19: 244 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Khamis meningkat sedikit kepada 9,256 dengan 8,896 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 54 hari berturut-turut.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Khamis naik sedikit ke 244 berbanding 217 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Untuk Khamis, lima kes kematian direkodkan berkaitan COVID-19, dengan dua daripadanya kes di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead'(BID).
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Khamis meningkat sedikit kepada 9,256 berbanding 9,230 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 8,896 kes atau 96.1 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 353 pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.
Daripada jumlah itu, tujuh pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan dua pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan