awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 264 kes pulih, 168 kes positif di Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
11/03/2021
10:00 MYT
COVID-19: 264 kes pulih, 168 kes positif di Sarawak
Daerah Sibu kekal mencatatkan angka tertinggi COVID-19 di Sarawak dengan 49 kes pada Khamis. -Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Sarawak hari ini merekodkan 264 kes pulih baharu menjadikan jumlah itu meningkat kepada 9,388 atau 79.04 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negeri itu.
141 kes pulih direkodkan di Hospital Sibu diikuti Hospital Umum Sarawak (55), Hospital Bintulu (21), Hospital Sarikei (17), Hospital Miri (12), PKRC Betong (11), PKRC di bawah Hospital Kapit (enam) dan PKRC Sri Aman (satu).
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 168 kes positif dilaporkan dengan Sibu kekal menyumbang angka tertinggi dengan 49 kes.
Ia diikuti Bintulu (37), Miri (19), Betong (19), Kuching (12), Kapit (10), Meradong (10), Bau dan Julau (empat), Mukah (tiga) dan Limbang (satu).
Daripada angka itu, hanya 13 kes atau 7.74 peratus memiliki simptom COVID-19 semasa ujian saringan dijalankan.
Selain itu, 26 kluster dilaporkan kekal aktif dengan hanya tujuh kluster mencatatkan pertambahan kes positif.
“Kluster Jalan Muhibbah di Betong mencatat pertambahan tertinggi dengan 19 kes menjadikan jumlah kes kluster itu meningkat kepada 287 kes.
“Terdahulu 2,700 individu yang terlibat dengan kes positif kluster ini telah disaring dengan 2,300 disahkan negatif manakala 113 masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata kenyataan itu.
Antara lain, daerah Kanowit, Sri Aman dan Samarahan kini kembali dikategorikan sebagai zon kuning selepas mencatatkan jumlah keseluruhan 50 kes positif dalam tempoh 14 hari lepas.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#Pertambahan kes
#kemaskini JPBN
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan