awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 27,808 kes baharu, 235 di ICU

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
19/02/2022
02:24 MYT
COVID-19: 27,808  kes baharu, 235 di ICU
Sebanyak 27,808 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 18 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,166,023 kes. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 27,808 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 18 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,166,023 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia membabitkan 27,689 kes tempatan dengan 119 kes lagi adalah import.
Katanya, sebanyak 99.63 peratus bersamaan 27,705 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.
"Pecahan daripada jumlah itu adalah kategori satu merekodkan 7,773 kes dan kategori dua 19,932 kes.
"Manakala 103 kes atau 0.37 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5 yang mempunyai gejala lebih buruk.
"Daripada jumlah itu kategori tiga merekodkan 49 kes, kategori empat 31 kes dan kategori lima sebanyak 23 kes," jelasnya.
Daripada 103 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 43 kes iaitu 41.75 peratus belum divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.
Selain itu, 41 kes sudah menerima dua dos vaksin, 19 kes sudah menerima dos penggalak, 50 kes berumur 60 tahun ke atas, 44 kes mempunyai komorbid, satu kes ibu mengandung, dan 16 kes yang telah meninggal dunia.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 16 kluster baharu direkodkan menjadikan kluster yang masih aktif di negara ini sebanyak 486.
Sementara itu, tambahnya, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 12,488 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,900,682 kes.
“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 235 kes, manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 132 kes,” katanya dalam kenyataan harian pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kes baharu
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan