awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 279 kes baharu, tiada kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2023
23:20 MYT
COVID-19: 279 kes baharu, tiada kematian dicatat
Sejumlah 9,296 kes aktif dilaporkan pada Khamis dan daripada jumlah itu, 8,964 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 61 hari berturut-turut.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Khamis naik sedikit ke 279, berbanding 235 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Enam daripada jangkitan itu merupakan kes import.
Untuk semalam, tiada kematian direkodkan berkaitan COVID-19.
Sementara itu, sejumlah 9,296 kes aktif dilaporkan pada Khamis dan daripada jumlah itu, 8,964 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 327 pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.
Daripada jumlah itu, lima pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan seorang pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara turut merekodkan 236 kes pesakit sembuh daripada jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan