awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah

Bernama
Bernama
11/03/2022
20:19 MYT
COVID-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah
Orang ramai diminta lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi SOP berikutan 29 kluster COVID-19 institusi pendidikan masih aktif di Sabah. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Orang ramai terutama pelajar serta petugas pendidikan diminta supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan 29 kluster COVID-19 institusi pendidikan masih aktif di Sabah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata jumlah itu tidak termasuk satu kluster yang ditamatkan semalam iaitu Kluster Jalan Terusan melibatkan lokaliti Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan di Lahad Datu.
"Masih ada baki kluster yang aktif, bagaimanapun tiada kes positif hari ini direkodkan yang berpunca daripada semua kluster yang terlibat...tiada kluster baharu direkodkan hari ini," katanya menerusi kenyataan di sini malam tadi.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata daripada 1,176 kes baharu COVID-19 yang direkodkan semalam, 759 kes daripadanya adalah kategori bergejala.
"Sebanyak 1,154 kes baharu hari ini adalah dalam kategori satu dan dua, sembilan kes dalam kategori tiga, 10 kes dalam kategori empat, dan tiga kes dalam kategori lima," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kluster institusi pendidikan
#Masidi Manjun
#Kluster Jalan Terusan
#COVID-19 di Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan