KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,780 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini kepada 470,110 kes.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Sehingga 16 Mei 2021, jumlah kes positif  COVID-19 adalah 3,780 kes (470,110 kes)," dalam ciapan di akaun Twitternya.

Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 1,275 kes bersamaan kumulatif kes sebanyak 153,663 kes.

Diikuti Sarawak dengan 405 kes bersamaan kumulatif 38,383 kes setakat ini.

Kedah pula mencatatkan 363 kes, diikuti Kelantan (357), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (342) dan Johor (224).

Negeri yang mencatatkan kes baharu di bawah 200 kes adalah Pulau Pinang (187), Pahang (159), Melaka (122) dan Perak sebanyak 115 kes.

Sabah pula mencatatkan 87 kes, Negeri Sembilan (70), Terengganu (58), Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya masing-masing 7 kes dan Perlis 2 kes dicatatkan.