Pemuda seru pintu UMNO dibuka semula, isyarat sokongan kepada Khairy Jamaluddin

Dr Muhammad Akmal (berdiri) menggesa UMNO membuka pintu kepada bekas pemimpin dan ahli yang masih setia, meskipun dengan status digantung atau dipecat, untuk menyatukan parti. -Foto Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kepimpinan parti untuk berlapang dada dan membuka semula pintu kepada bekas pemimpin dan ahli yang masih setia kepada perjuangan UMNO, biarpun dengan status digantung atau dipecat.
Ringkasan AI
- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kepimpinan parti untuk membuka semula pintu kepada bekas pemimpin dan ahli yang masih setia kepada perjuangan UMNO, biarpun dengan status digantung atau dipecat.
- Beliau menekankan perlunya keberanian untuk memulakan penyatuan dari dalam parti sebagai langkah pertama sebelum membincangkan penyatuan orang Melayu secara keseluruhan.
- Ucapan Dr Akmal dilihat sebagai sokongan terbuka kepada tokoh seperti Khairy Jamaluddin dan beliau menekankan bahawa kepentingan parti sepatutnya diutamakan berbanding kepentingan individu.
“Sebelum kita bercakap soal penyatuan orang Melayu di luar, UMNO mesti bersatu dari dalam. Parti ini terlalu besar dan bersejarah untuk terus dibelenggu luka lama. Sudah-sudahlah kita bertelagah sesama sendiri.
“Ia perlu lahir daripada keinsafan dan keberanian untuk kita bermula dari dalam. Sebelum kita nak bercakap soal satu padu orang Melayu, kita kena beritahu, bila kita orang Melayu di luar, orang Melayu dalam UMNO kena Bersatu dahulu.
“Sebab itu saya dengan rendah hati memohon agar pintu UMNO dibuka kembali bagi mereka yang masih sayang pada perjuangan UMNO.
"Walaupun ada di antara mereka sedang digantung, walaupun ada mereka telah dibuang, dan walaupun ada mereka yang masih dengan parti lain, tapi jiwa mereka masih UMNO.
"Maka, masih lagi belum terlambat seperti apa yang Presiden ungkapkan semalam – welcome back, welcome back to UMNO,” katanya lagi.
Ucapan itu dilihat sebagai isyarat jelas sokongan terbuka UMNO kepada tokoh seperti Khairy Jamaluddin, bekas Ketua Pemuda UMNO yang dipecat pada 2023 susulan kritikan terbuka terhadap kepimpinan parti.
Turut dibuang adalah bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Sufian, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein masih dalam penggantungan.
Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal menegaskan bahawa kepentingan parti mesti mengatasi kepentingan individu.
“Ada yang kata, jangan bawa KJ, jangan bawa Shahril Hamdan. Saya tanya kenapa? Kalau kita bawa masuk mereka, perjalanan politik kamu terganggu? Kepentingan saya apa sangat nak dibanding dengan kepentingan parti kita.
"Ini bukan soal Akmal Salleh, bukan soal Khairy, ini soal parti kita,” tegasnya.
Beliau menambah bahawa UMNO mesti berjiwa besar, berani memaafkan dan menyatukan semula demi mengukuhkan kedudukan parti sebagai wadah perjuangan Islam, Melayu dan institusi Raja.
Dr Muhamad Akmal berkata, Pemuda UMNO akan terus komited untuk menggerakkan agenda pemulihan dalaman, sekali gus membuka ruang kepada bekas pemimpin berpengaruh kembali ke pangkuan parti menjelang cabaran politik masa depan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dalam ucapan beliau sempena Perhimpunan Sayap Pemuda UMNO 2025? A: Beliau menggesa kepimpinan UMNO untuk membuka semula pintu kepada bekas pemimpin dan ahli yang masih setia kepada parti, walaupun dalam status digantung atau dipecat.
- Q: Siapakah di antara tokoh yang disebut yang mungkin mendapat sokongan terbuka UMNO berdasarkan ucapan Dr Akmal? A: Tokoh seperti Khairy Jamaluddin, bekas Ketua Pemuda UMNO yang dipecat pada 2023, turut disebut sebagai penerima sokongan terbuka UMNO.
- Q: Apakah yang ditekankan oleh Dr Akmal mengenai penyatuan dalam parti sebelum membincangkan penyatuan orang Melayu secara keseluruhan? A: Dr Akmal menegaskan perlunya memulakan penyatuan dari dalam parti sebelum membicarakan penyatuan orang Melayu secara keseluruhan sebagai langkah pertama yang penting.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

