TAIPEI: Taiwan mengarahkan semua sekolah ditutup di seluruh negara selama dua minggu bermula Selasa.

Ia selepas, 333 lagi kes tempatan COVID-19 disahkan di kepulauan itu sekali gus menjadi rekod tertinggi sejak bermulanya pandemik berkenaan.

Menteri Kesihatan, Chen Shih-Chung pada Isnin memaklumkan, 158 kes disahkan di ibu kota manakala 148 kes lagi dikesan di sekitar Bandar Baru Taipei.

Tindakan penutupan sekolah secara besar-besaran itu diharapkan dapat mengurangkan kadar kes baharu dan jumlah kematian.

Setakat ini, Taiwan sudah melaporkan 2,017 kes positif COVID-19 dengan 12 kematian.