KUALA LUMPUR: Sejumlah 346 kematian akibat COVID-19 yang direkodkan setakat 11.59 malam, 16 September.

Jumlah kematian yang dilaporkan itu termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini.

Berdasarkan data yang dikongsikan melalui laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu satu kes merupakan kematian sebenar.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes korban akibat COVID-19 di Malaysia adalah 22,355.

Manakala 105 kematian lagi dilaporkan melibatkan 'brought-in-dead' (BID).

Dengan pertambahan itu, jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 227,120.

Daripada jumlah itu, seramai 11,933 pesakit COVID-19 ditempatkan di hospital.

Jumlah itu bersamaan 71.2 peratusan penggunaan keseluruhan katil di hospital.

Dalam pada itu, laman sesawang COVIDNOW turut berkongsi angka jumlah mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah 189,657 atau 83.5 peratus.