awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 36 lagi kematian direkod, 8 BID

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2021
23:01 MYT
COVID-19: 36 lagi kematian direkod, 8 BID
KKM melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,574 orang, daripada 2.64 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lapan daripada 36 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 62,668 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 51,062 individu atau 81.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 6,124 orang pula ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 4,992 kes dirawat di hospital dan 490 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 221 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 269 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#brought-in-dead
#bid
#COVID-19
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan