awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selepas United dan Leverkusen, Erik ten Hag kembali ke FC Twente
Kawalan sempadan diperkukuh, tangkapan rakyat Malaysia di Sungai Golok menurun
Loji penyahgaraman air laut di POIC mampu jadi model selesai bekalan air industri Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 4,885 kes baharu hari ini

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2021
06:10 MYT
COVID-19: 4,885 kes baharu hari ini
Jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,591,486. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Negara mencatat 4,885 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan pertambahan angka baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kini mencapai 2,591,486.
Jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.
Pada 22 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,885 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,591,486 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/gJJN6tJgzC
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 22, 2021
Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 24 kematian.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,002, daripada 2,580,874 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 549 pesakit dan daripada jumlah itu, 274 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 5,628 kes sekaligus angka kumulatif sembuh ialah 2,493,437.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.1 peratus.
Manakala selebihnya, 1.9 peratus atau bersamaan 102 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan